Semasa

Laporan akhir nahas helikopter TLDM diumumkan hari ini

Laporan akhir nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada 23 April lalu akan dikeluarkan hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil dipetik laporan berkata, status laporan penuh berkaitan kejadian sudah dimaklumkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada jemaah menteri semalam.

“(Khaled) memaklumkan, laporan telah siap dan akan diterbitkan esok (khamis)… boleh nantikan pengumuman penuh hasil siasatan nahas helikopter itu,” katanya menurut laporan media pada Rabu.

Dalam nahas tersebut, seramai 10 kru dilaporkan terkorban selepas dua pesawat itu bergesel dan terhempas ketika menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

Nahas helikopter TLDM : Erdogan titip ucapan takziah

Laporan awal dikeluarkan Lembaga Siasatan sebelum ini mendedahkan terdapat lima fakta berhubung tragedi itu.

Ia antaranya menyatakan semua kru terbabit dalam kejadian berkenaan berada pada tahap kesihatan yang baik untuk mengendalikan pesawat dan tahap kelayakan penerbangan kru udara terbabit juga masih sah dan tidak tamat tempoh.

Kedua-dua helikopter itu juga disahkan dalam keadaan selamat untuk terbang pada hari kejadian, dengan pesawat HOM AW139 mempunyai kotak hitam, manakala pesawat Fennec yang dikeluarkan pada 2003 dan berusia 21 tahun tidak dilengkapi peralatan itu.

Related Articles

Back to top button