Semasa

Perdana Menteri lancar terjemahan Kitab Fiqh Zakat dalam bahasa Melayu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan terjemahan Kitab Fiqh Zakat karya Almarhum Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bahasa Melayu.

Pada ucapannya beliau berkata, terjemahan oleh Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) isu sebagai satu usaha penting memandangkan kitab itu mempunyai kupasan menyeluruh meliputi pelbagai aspek.

“Itu kupasan menyeluruh dari aspek fiqh perundangan, latar belakangnya, tumpuan kepada permasalahan kemiskinan dan pengurusan lebih cekap. Oleh itu dalam soal zakat, kupasan itu sangat menyeluruh,” katanya pada majlis pelancaran yang diadakan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya malam tadi.

Kitab Fiqh Zakat karya Agung Almarhum Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi merupakan rujukan utama dalam aspek hukum dan pengoperasian zakat.

PPZ-MAIWP dalam kenyataan sempena pelancaran itu memaklumkan kitab berkenaan membincangkan secara komprehensif dan khusus mengenai isu-isu berkaitan zakat sama ada dari aspek teori mahupun persoalan kontemporari dan menjadi rujukan untuk penambahbaikan dan kemajuan bagi institusi zakat di Malaysia

BACA LAGI: Selangor berhasrat perkenal Akademi Pengajian Turath

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata umat Islam perlu menimba ilmu dengan kebijaksanaan dan kefahaman tinggi supaya kupasan ilmu tidak disalah tafsir.

Beliau turut menggesa pengimarahan masjid serta aktiviti tradisi ilmu dipertingkatkan di semua peringkat.

“Ini cara Kerajaan MADANI untuk memaknai dan hayati agama Islam supaya ada kefahaman lebih,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button