Umum

PM Anwar ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, kedua-dua perayaan itu mampu menjadi asas kepada semangat perpaduan dan kerukunan buat seluruh rakyat Malaysia meski berlainan etnik, ras atau kaum.

“Semoga sambutan ini juga menyemarakkan perasaan kasih sayang dan keamanan berkekalan, serta melimpahkan rezeki dan kemakmuran buat negara.

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak yang meraikannya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Related Articles

Back to top button