Global

China setuju lanjut tempoh pengecualian visa pelancong Malaysia kepada 30 hari – Zahid

China bersetuju melanjutkan tempoh pengecualian visa pelancong Malaysia dari 15 kepada 30 hari.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, persetujuan itu dicapai ketika kunjungan hormat beliau ke atas Perdana Menteri China, Li Qiang, pada Rabu lalu.

“Hasil pertemuan bersama perdana menteri Li Qiang telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelancong Malaysia dari 15 hari kepada 30 hari secara percuma.

“Pelaksanaan akan dibuat selepas perjanjian mengenai perkara ini ditandatangani ketika kunjungan Qiang ke Malaysia bulan hadapan,” katanya.

Ahmad Zahid mengumumkan perkara itu ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China di Rumah Tamu Negara Diaoyutai di Beijing, China, hari ini.

Terdahulu, China melaksanakan dasar pengecualian visa sepihak bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia termasuk Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol.

Sepanjang tempoh itu, pemegang pasport biasa dari enam negara berkenaan boleh memasuki China tanpa visa untuk urusan perniagaan, pelancongan, melawat keluarga dan rakan, serta transit tidak lebih dari 15 hari.

Sementara itu, Ahmad Zahid menyatakan kerjasama Kuala Lumpur-Beijing kini melangkaui politik dan ekonomi.

Katanya, masih terdapat peluang bagi kedua-dua negara untuk mengembangkan hubungan yang sangat baik ini.

Manakala Xuexiang menyatakan, hubungan Malaysia-China semakin mengukuh menerusi perkongsian rakyat kepada rakyat.

Related Articles

Back to top button