Anwar

Kerajaan jimat RM8 bilion daripada penjajaran semula subsidi diesel dan elektrik – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kira-kira RM8 bilion nilai subsidi yang diberikan kerajaan dalam tempoh setahun mendapat penjimatan apabila penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan dan pelarasan tarif elektrik pada tahun lalu.

Beliau berkata, pelarasan tarif elektrik yang diperkenalkan tahun lalu berjaya menyelamatkan kira-kira RM4.5 bilion duit kerajaan, manakala, RM4 bilion menerusi penyasaran subsidi diesel.

“Selama ini RM8 bilion subsidi kita bayar kepada orang maha kaya dan orang asing, …saya sebut ini kerana ini dijadikan isu politik sesetengah pihak. Apa erti subsidi diberi kepada orang asing dan maha kaya.

“Saya menekankan bahawa Sabah dan Sarawak dikecualikan dalam penyasaran semula subsidi diesel kerana penggunaannya yang meluas oleh rakyat,” katanya pada Majlis penutupan Pesta Kaamatan 2024 di Dewan Hondkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, jaminan diberikan untuk selesai segera perkara disepakati dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurutnya, kemiskinan tegar akan di Sabah perlu dinoktahkan sebelum akhir Julai tahun ini dan beliau menyeru kerajaan negeri Sabah bekerjasama menyelesaikan masalah rakyat terutama sekolah dan kemiskinan.

Related Articles

Back to top button