Negeri

Kerajaan negeri bantu usahawan tingkat ilmu melalui program Selangor 1000 Digital

Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan program Selangor 1000 Digital sebagai komitmennya memperluaskan transformasi digital dalam kalangan usahawan tempatan.

EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berkata program itu merupakan kolaborasi antara Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec), Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (Upen) dan Platform Selangor (PLATS).

Susulan itu program itu bakal mengadakan siri jelajah di daerah Petaling diikuti Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langat dan Gombak bagi memberi pendedahan kepada golongan sasar

“Kita anjurkan program ini untuk memberi pendedahan kepada usahawan di bandar dan luar bandar berkaitan tranformasi digitalisasi supaya dapat menjana pendapatan dan perkhidmatan mereka.

“Kita sasar 1,000 usahawan e-dagang termasuk syarikat penstriman langsung di seluruh Selangor. Menerusi program ini terdapat 10 topik latihan antaranya pengurusan perniagaan secara digital dan teknik penciptaan kandungan menarik,” katanya.

Mohd Najwan ditemui pemberita selepas melancarkan program tersebut di Pusat Konvensyen MBSA di sini, Shah Alam pada Khamis.

BACA LAGI: Selangor cadang bangun taman semikonduktor, rebut peluang pelaburan

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sidec Yong Kai Ping berkata pengenalan program itu selari hasrat kerajaan negeri untuk memperkukuh Selangor sebagai hab digital baharu di ASEAN.

Selain memperkenal inisiatif yang memfokuskan kepada transformasi digital Sidec juga kini jelasnya sedang melaksana program dalam industri semikonduktor yang sedang berkembang pesat.

Related Articles

Back to top button