Semasa

Aidiladha: KPDN beri amaran jangan naikkan harga barang

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi amaran agar peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan terutama menjelang Aidiladha ini.

Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata, walaupun Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidiladha tidak dilaksana, pihaknya terus akan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengekang kenaikan harga.

Sehubungan itu lebih 2,200 penguat kuasa dan 1,000 pegawai pemantau harga KPDN, akan digerakkan setiap hari di premis termasuk kedai runcit dan pasar raya seluruh negara.

“Kita ada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan tindakan tegas boleh diambil tindakan sekiranya berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah.

“Musim perayaan permintaan untuk barangan adalah tinggi, jadi kita harap peniaga tidak menaikkan harga katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) 2024 di Seremban pada Sabtu.

BACA LAGI: Ringan beban peniaga Menu Rahman, KPDN seru peniaga mohon Kad Diskaun Khas

Fuziah sementara itu berkata, kementerianya juga proaktif melakukan pemantauan terhadap bekalan barangan asas dalam negara termasuk minyak masak paket bersubsidi untuk keperluan isi rumah.

Related Articles

Back to top button