Semasa

Isteri Perdana Menteri lancar enam judul buku kanak-kanak terapkan nilai MADANI

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Sabtu melancarkan enam judul buku kanak-kanak yang menerapkan nilai-nilai Malaysia Madani .

Pelancaran itu diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang sedang berlangsung.

Diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH Malaysia), naskah itu merupakan sebahagian usaha mentafsirkan hasrat dan menjelaskan konsep MADANI melalui bahasa yang mudah difahami.

“Kita mahu didik anak-anak kita supaya mereka menjadi lebih kreatif, berdaya cipta dan berani membuat perubahan.

“Kita juga mahu menerapkan sifat ihsan yang tinggi, bermaruah, amanah dan bertanggungjawab serta mengutamakan keseimbangan duniawi dan ukhrawi.

“Nilai-nilai ini mencerminkan kita orang Malaysia adalah masyarakat beradab yang mengamalkan nilai-nilai ketimuran,” katanya Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH Malaysia) itu.

Enam naskah dilancarkan itu bertajuk Sayangi Alam Jiwa Tenang, Putera Puteri Perpaduan, Reka Cipta Mad dan Ani, Hormati yang Tua, Santuni yang Muda, Yakin Boleh Kejayaan Diraih dan Musuh Rahsia Bumi Kita.

Sementara itu dalam ucapannya Dr Wan Azizah menekankan, pendidikan seharusnya tertumpu kepada pembentukan kecermerlangan akademik dan keterpujian sahsiah yang merangkumi perkembangan ilmu, pembentukan karekter, pemurnian adab dan akhlak serta pengukuhan intergriti setiap individu.

Related Articles

Back to top button