Global

Sheikh Sabah Khaled dinamakan sebagai Putera Mahkota Kuwait yang baharu

Emir Kuwait, Sheikh Meshal al-Ahmad al-Sabah menamakan Sheikh Sabah Khaled al-Hamad al-Sabah sebagai Putera Mahkota yang baharu selepas enam bulan beliau mengambil alih takhta dan menggantung parlimen selama beberapa minggu.

Syeikh Sabah, 71, pernah memegang jawatan Menteri Luar dari tahun 2011 hingga 2019 serta Perdana Menteri hingga 2022.

“Sheikh Sabah Khalid Al-Sabah telah dilantik sebagai Putera Mahkota. Perdana Menteri (Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah) perlu mengemukakan keputusan ini kepada kabinet untuk mengambil langkah-langkah perlembagaan yang diperlukan,” lapor media negara itu.

Kuwait memasuki pergolakan politik baharu pada Mei lepas apabila Sheikh Meshal al-Ahmad membubarkan parlimen hanya enam minggu selepas pilihan raya. Beliau juga menggantung beberapa peruntukan perlembagaan.

Tidak seperti negara Teluk yang lain, Kuwait mempunyai parlimen berpengaruh, manakala kebanyakan kuasa kekal dengan keluarga diraja.

Walaupun penggubal undang-undang mempunyai kuasa, ‘pertempuran biasa’ keluarga diraja dengan kerajaan menyebabkan krisis berulang.

Kuwait mempunyai kira-kira tujuh peratus rizab minyak global dan salah satu dana kekayaan negara terbesar di dunia.

Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Kuwait bergelut untuk mempelbagaikan ekonominya daripada bergantung kepada sumber minyak sahaja. – AFP

Related Articles

Back to top button