Semasa

PEMBAWA alu-alukan pelaksanaan subsidi diesel bersasar

Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) mengalu-alukan langkah progresif kerajaan yang mahu melaksana subsidi diesel secara bersasar.

Yang Dipertua PEMBAWA, Laili Ismail juga berkata keputusan kerajaan menyenaraikan pengusaha bas ekspres sebagai penerima subsidi diesel bersasar merupakan langkah yang tepat.

“Diesel merupakan elemen dan keperluan utama dalam industri bas ekspres. Semua pengusaha bas ekspres di Malaysia masih menggunakan enjin yang menggunakan diesel sebagai bahan api. Kadar penggunaan diesel untuk pengusaha bas adalah sangat tinggi.”

“Oleh itu, pemberian harga subsidi diesel kepada pengusaha bas sangat diperlukan bagi meneruskan kesinambungan perkhidmatan bas ekspres yang pastinya akan turut memberi kesan yang baik kepada pihak terlibat,” kata Laili dipetik laporan Berita RTM.

Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Perutusan Negara yang disiar pada Selasa mengumumkan penyasaran subsidi bahan api itu bagi memastikan ia benar-benar dinikmati golongan yang layak sahaja.

BACA LAGI: Pelaksanaan subsidi bersasar langkah besar selamatkan ekonomi negara

Di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), sebanyak 23 jenis kenderaan mengangkut barang yang layak menerima subsidi diesel melalui Sistem Kawalan Subsidi Diesel (SKSD) 2.0.

Setakat ini, sebanyak 90,000 kenderaan sudah menerima ‘fleet card’ masing-masing.

Laili sementara itu berkata, inisiatif diwujudkan kerajaan itu bukan hanya membantu golongan pengusaha bas ekspress, malah turut menyuburkan industri pengangkutan yang lain.

Related Articles

Back to top button