Sukan

MSN lulus insentif khas RM170,000 untuk skuad sepak takraw kebangsaan

Skuad sepak takraw kebangsaan bakal menerima insentif khas berjumlah RM170,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN).

Menteri Belia dan Sukan KBS), Hannah Yeoh berkata, insentif khas itu susulan kejayaan membanggakan di kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“(Kejayaan) Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 amat besar maknanya untuk rakyat Malaysia dan pemain pula bekerja keras menang emas.

“,MSN telah meluluskan pemberian insentif berjumlah RM60,000 masing-masing kepada pasukan regu dan double susulan kejayaan muncul juara manakala regu berpasukan yang bergelar naib juara pula menerima RM50,000 pada saingan berlangsung di Stadium Titiwangsa,” katanya kepada pemberita.

Hannah sebelumnya hadir ke majlis menyambut kepulangan skuad boling padang para dari Kejohanan Dunia 2024 di Ekurhuleni, Afrika Selatan semalam.

Skuad sepak takraw kebangsaan mencipta sejarah pada 22 Mei lalu apabila berjaya menamatkan penguasaan Thailand dalam acara regu dan double masing-masing dengan keputusan 2-0.

BACA LAGI: Persatuan belia perlu kreatif atasi isu kekurangan dana – Adam Adli

Pencapaian itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan pencapaian itu sebagai membanggakan dan luar biasa

Sementara itu menurut Hannah, MSN masih lagi berbincang mengenai kemasukan semula sepak takraw sebagai sukan teras seperti diminta Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan sebelum ini.

Related Articles

Back to top button