Anwar

ASEAN 2025: Malaysia akan terus perjuang cita-cita negara serantau

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Malaysia bersedia untuk menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025 dan ia dapat memperkukuhkan kerjasama ekonomi bersama rakan kongsi utama seperti Jepun, Korea, China, Australia dan India.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, peranan ASEAN lebih penting daripada sebelumnya kerana ia dapat meningkatkan kerjasama dan perdagangan ekonomi selain dapat menjalinkan pakatan ekonomi yang lebih besar bersama negara-negara berkenaan.

“Visi kami adalah untuk melihat ASEAN bukan sahaja sebagai kuasa besar serantau tetapi juga sebagai pemain yang dinamik dan berpengaruh di pentas global.

“Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025 dengan memperjuangkan cita-cita ini dan berusaha untuk menjadikannya realiti.

“Selain dapat memperkukuhkan kerjasama ekonomi, memastikan kepelbagaian rantaian bekalan global dan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) memberi manfaat kepada pembangunan dan mengurangkan perbezaan akan menjadi tumpuan,” katanya dalam Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-29 (Persidangan Nikkei) di Tokyo, Jepun pada 23 Mei lalu.

Sehubungan itu, dengan kerjasama yang terjalin, ASEAN dapat mewujudkan ekonomi serantau yang lebih bersepadu dan berdaya tahan.

Anwar berkata, Malaysia sendiri memberikan contoh melalui inisiatif strategik seperti rangka kerja ekonomi MADANI, yang bertujuan untuk memacu pembangunan mampan dan inklusif, memastikan manfaat kemakmuran dikongsi secara adil di kalangan semua rakyat Malaysia.

“Kami juga berhasrat untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dengan rakan kongsi global untuk memajukan kerjasama teknologi dan mempromosikan amalan perdagangan yang mampan.

“Sebagai contoh, inovasi yang lebih besar ke dalam teknologi hijau, penting untuk pertumbuhan masa depan dan kelestarian alam sekitar.

“Saya menghulurkan tangan perpaduan dan jemputan terbuka untuk kerjasama kepada negara-negara Asia kita dan marilah kita bersatu, mengatasi tekanan luaran dan cabaran dalaman untuk mencapai matlamat kita yang lebih besar: Asia yang aman, stabil, dan makmur,” katanya.

Related Articles

Back to top button