Global

Lima negara baharu dipilih, pikul tanggungjawab sebagai anggota Majlis Keselamatan PBB pada 2025

Denmark, Greece, Pakistan, Panama dan Somalia dipilih sebagai anggota Majlis Keselamatan bagi tempoh dua tahun bermula 1 Januari 2025.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) adalah satu-satunya badan yang boleh membuat keputusan yang mengikat secara sah.

Ini termasuk mengenakan sekatan dan kebenaran menggunakan kekerasan.

Majlis Keselamatan 15 anggota terdiri daripada lima anggota tetap iaitu Britain, China, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat, dan 10 ahli tidak tetap yang dipilih untuk penggal dua tahun oleh Perhimpunan Agung PBB.

Lima ahli tidak tetap diganti setiap tahun dan lima negara baharu ini akan menggantikan Ecuador, Jepun, Malta, Switzerland dan Mozambique.

Kerusi anggota diperuntukkan berdasarkan kumpulan serantau untuk memastikan ia mewakili kepentingan semua negara.

Walaupun calon tidak dibantah oleh kumpulan negara serantau, mereka masih perlu mendapat sokongan dua per tiga daripada Perhmipunan Agung.

Denmark menerima 184 undi, Greece dan Pakistan 182 undi, Panama 183 undi dan Somalia 179 undi.

Related Articles

Back to top button