Sukan

Olimpik Paris: Skuad basikal trek dapat jentera WX-R Vorteq generasi baharu

Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang dan dua lagi atlet Malaysia yang akan beraksi di Olimpik Paris mendapat suntikan semangat tambahan.

Ia susulan mereka bakal lima jentera lumba baharu berteknologi tinggi – basikal WX-R Vorteq versi terbaharu bagi membolehkan mereka memberi cabaran lebih sengit kepada pelumba negara lain pada temasya itu nanti.

Penyampaian jentera tersebut yang setiap satu bernilai lebih RM385.5800 disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada majlis pelancaran Team MAS di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil semalam.

Difahamkan, jentera berkenaan dibangunkan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) dengan melibatkan kos keseluruhan RM7.5 juta itu

Sementara itu Azizulhasni dipetik laporan media berkata, ISN telah meningkatkan dan menambah baik beberapa aspek basikal WX-R Vorteq berbanding edisi yang lalu.

“Ia termasuk penambahbaikan dari segi daya geserannya, ‘positioning’ serta sut perlumbaan yang disarung oleh ketiga-tiga pelumba negara,” katanya yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.

Sebagai rekod, projek R&D ISN dan MSN itu adalah perkara biasa bagi negara berbasikal trek utama untuk membangunkan basikal baharu setiap kali menjelang Olimpik.

Pada edisi Olimpik Tokyo empat tahun lalu, basikal Vorteq WX-R juga dibangunkan dan menelan kos RM13 juta.

BACA LAGI:KBS kaji keperluan rombak peruntukan geran program pembangunan sukan

“Saya fikir kita patut bangga bukan semua negara buat. Malaysia dan Jepun antara yang bersungguh-sungguh mengembangkan serta membantu pelumba mereka. Ini adalah teknologi dalam sukan.

“Sekarang kita sudah sama dari segi teknologi sukan dengan Great Britain, Jerman mahupun Jepun. Sekarang pelumba pula kena buktikan sebab ia ibarat ‘engine’ yang akan menentukan kemenangan nanti,” katanya.

Related Articles

Back to top button