Semasa

Amir Hamzah seru rakyat fahami setiap usaha dilaksana kerajaan

80 peratus pengguna diesel akan mendapat bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan di bawah Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penetapan bantuan bernilai RM200 itu dibuat selepas pihaknya memperolehi data berkaitan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Data-data kita terima daripada DOSM menunjukkan daripada tinjauan dilakukan Malaysia untuk kenderaan diesel terutamanya di Semenanjung Malaysia,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Agenda Awani bertajuk ‘Perlaksanaan Subsidi Bersasar Diesel’, malam tadi.

Pada 27 Mei lepas, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan pelaksanaan BUDI MADANI iaitu melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.

Inisiatif itu bagi melengkapi usaha sedia ada kerajaan dalam menyasarkan subsidi diesel menerusi sistem MySubsidi Diesel kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, di mana Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) merupakan program di bawah MySubsidi Diesel.

Pemberian bantuan tunai setiap bulan itu diberikan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi yang layak dan telah memohon.

Amir Hamzah sementara itu berharap orang ramai memahami usaha kerajaan dalam melaksanakan langkah-langkah untuk membaikpulih ekonomi negara untuk kepentingan rakyat dan mencapai ruang fiskal lebih baik untuk negara.

BACA LAGI: Bantuan ‘BUDI MADANI’ mula disalurkan kepada lebih 30,000 pemohonan 10 Jun depan

Pada tahun 2019, beliau berkata subsidi diesel hanya berjumlah RM1.4 bilion berbanding tahun lepas yang merekodkan RM14.4 bilion, peningkatan sebanyak 10 kali ganda.

Justeru penjimatan dianggarkan sebanyak RM4 billion daripada penyasaran subsidi diesel dijangka memberi ruang fiskal lebih luas kepada kerajaan dalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti pelbagai perkhidmatan yang menjadi kepentingan kepada rakyat.

Related Articles

Back to top button