Semasa

PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Bob Kelana Jaya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang aktivis awal era reformasi yang kini menghidap penyakit buah pinggang tahap empat.

Menerusi catatan di Facebook pada Sabtu, Perdana Menteri berkata Setiausaha Politik beliau, Farhan Fauzi baru-baru ini telah menyampaikan sumbangan itu kepada Azman Hassan atau dikenal dengan panggilan Bob Kelana Jaya.

Sumbangan itu jelasnya bagi membantu urusan harian dan perubatan Bob.

“Saudara Bob tidak lagi mampu bekerja seperti dahulu dan mengesankan punca pendapatan beliau terutamanya untuk menampung kos rawatan dialisis dan ubat.

“Sebagai sebahagian dari kerangka Ziarah Madani, saudara Farhan telah melawat saudara Bob baru-baru ini dan telah pun menyampaikan sedikit sumbangan daripada pihak saya,” katanya.

BACA LAGI: PM Anwar hulur sumbangan kepada Jay Jay, doa cekal hadapi ujian kesihatan

Perdana Menteri melalui hantaran itu turut menzahirkan harapan agar Bob dikurniakan kesembuhan.

Related Articles

Back to top button