Semasa

Ahli Parlimen Sikijang nyata komitmen selesai isu air di Felda Redong

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sekijang telah mengadakan sesi town hall bagi mencari cara terbaik mengatasi masalah gangguan bekalan air di alami penduduk sekitar Felda Redong.

Ahli Parlimennya Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan berkata, pada sesi tersebut taklimat khas turut disampaikan pihak Ranhill SAJ Sdn. Bhd. dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) berkaitan status semasa projek pembinaan laluan paip baharu yang telah diluluskan dengan anggaran nilai sebanyak RM 11 juta.

“Projek ini akan membuka laluan baharu bagi menggantikan laluan sedia ada yang telah usang dan berusia hampir 42 tahun sejak pembukaan FELDA Redong Satu pada tahun 1982.

“Pelaksanaan projek ini akan memanfaatkan 970 pemegang akaun meter SAJ dari FELDA Redong dan Segamat Kecil, selain memberi kesan positif kepada lebih 3,000 penduduk di kedua-dua kawasan,” jelasnya

Menurut beliau, projek tersebut dijangkakan dapat diselesaikan sepenuhnya selewat-lewatnya pada akhir suku pertama tahun 2026.

Selaku Ahli Parlimen Sekijang beliau menyatakan komitmen untuk memastikan projek tersebut akan diselesaikan mengikut garis masa yang ditetapkan.

Related Articles

Back to top button