Semasa

Kerajaan salur bantuan bulanan subsidi diesel bermula tengah malam tadi

Kerajaan mengumumkan pemberian bantuan bersasar serentak dengan pelaksanaan subsidi diesel yang membabitkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran.

Menteri Kewangan 11, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan perkara itu pada sidang media pengumuman pelarasan semula harga runcit bahan api itu semalam.

“Tujuan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi ini adalah untuk membendung ketirisan diesel subsidi yang kian berleluasa dan menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara.

“Kerajaan berbelanja sebanyak RM14.3 bilion untuk subsidi diesel tahun lalu dan negara kini tidak mampu terus kerugian berbilion ringgit akibat penyeludupan dan penyelewengan diesel yang berleluasa, sedangkan wang itu lebih baik dibelanjakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan membangunkan negara,” katanya di Kementerian Kewangan pada Ahad.

Bermula tengah malam tadi, harga diesel di seluruh Semenanjung Malaysia ditetapkan pada RM3.35 seliter.

BACA LAGI: KPDN lancar Ops Kesan 2.0, pastikan peniaga tidak ambil kesempatan pelarasan harga diesel

Susulan itu seramai 30,000 individu termasuk petani dan pekebun kecil komuniti bakal menerima bantuan bulanan RM200 yang akan didepositkan ke akauan masing-masing mulai tengah malam tadi

Mereka merupakan kumpulan pertama menerima subsidi bahan api melalui BUDI MADANI individu dan BUDI Agri-Komoditi yang merupakan inisiatif baharu penyaluran subsidi berkenaan.

Manakala bagi syarikat pengangkutan awam dan barangan yang layak, mereka bakal terus menikmati harga diesel bersubsidi melalui penggunaan ‘fleet card’ di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Related Articles

Back to top button