Semasa

Selari matlamat rasionalisasi subsidi, kerajaan fokus tingkat khidmat pengangkutan awam

Kerajaan MADANI kini giat memfokus usaha untuk meningkatkan jaringan, infrastruktur dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincang pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 4 Tahun 2024 yang dipengerusikannya pada Isnin.

“MTEN elah meneliti kertas “Pemerkasaan Industri Kereta Api” hatta perbincangan terarah kepada kepentingan pelaksanaan segera rasionalisasi industri kereta api negara berdasarkan objektif Akta Keretapi 1991 (Akta 463).

“Mesyuarat turut memperincikan langkah-langkah dalam memastikan perkhidmatan KTM Komuter, tren laju antara bandar (ETS) dan Ekspres Timuran oleh KTM Berhad dapat memenuhi keperluan kekerapan dan jumlah penumpang semasa serta jangkaan masa hadapan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menekankan kepentingan isu dasar dan pelaksanaan bagi setiap keputusan diselesaikan segera.

“Intiha, saya tekankan kepentingan bagi isu-isu dasar dan pelaksanaan bagi keputusan-keputusan ini diselesaikan segera sementelahan penting bagi objektif serta kesan ekonomi dan sosial yang dihasratkan Kerajaan dapat dirasai rakyat mengikut jadual dan kesaling hubungan di bawah kerangka Malaysia MADANI dan Ekonomi MADANI,” tambahnya.

BACA LAGI: MOT perkenal perkhidmatan van transit, perkasa kesalinghubungan pengangkutan awam

Perdana Menteri sementara itu memaklumkan, mesyuarat turut membincangkan perkembangan semasa susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung .

“Mesyuarat dimaklumkan mengenai peningkatan mendadak jumlah permohonan bantuan tunai BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi yang dilaksanakan melalui https://budimadani.gov.my.

Related Articles

Back to top button