Negeri

Tiga PPR di Selangor terima peruntukan lebih RM4 juta untuk baik pulih, penyelenggaraan

Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM2.5 juta  untuk membaik pulih beberapa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri itu.

EXCO perumahan Borhan Aman Shah Berkata tiga PPR terlibat antaranya di Kampung Baru Hicom, PPR Kota Damansara dan PPR Seri Kiambang di Serendah.

Selain dana untuk baik pulih itu, tiga PPR tersebut turut menerima tambahan peruntukan penyelenggaraan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebanyak RM1.74 juta.

Langkah itu jelasnya selari dengan pentadbiran negeri dan persekutuan yang bertekad memastikan penghuni perumahan strata menikmati kehidupan yang selesa.

“Belanjawan Selangor 2024 menggariskan iltizam untuk terus menambah baik dasar dan polisi PPR dari semasa ke semasa dan sekaligus memberi manfaat besar kepada rakyat.

“Usaha ini juga merupakan bukti keprihatinan kerajaan dalam merealisasi hasrat dan harapan rakyat untuk mendiami kediaman yang lebih selesa dan kondusif,” katanya pada program Jalinan Kasih Mesra PPR Rewang Sekampung di PPR Kampung Baru Hicom pada Isnin.

Dalam pada itu, Borhan turut mengumumkan peruntukan khas RM1.5 juta kepada PPR Kampung Baru Hicom untuk kerja penyelenggaraan dan penggantian lif di bawah program Lif Madani 2.0.

BACA LAGI: SPNB sumbangkan rumah kepada balu bekas pemain bola sepak Kelantan

PPR Kampung Baru Hicom turut menerima projek menambah baik kemudahan asas seperti ruang legar kedai makan, landskap, kawasan arkir motosikal serta gelanggang futsal.

“Kerajaan Negeri sedia maklum situasi semasa yang semakin mencabar dan usaha mengukuhkan ‘smart partnership’ dengan pelbagai pihak akan terus dipergiat bagi membangunkan PPR ke arah acuan Keluarga Madani,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button