Semasa

Kerajaan tambah bantuan untuk golongan pesawah

Kerajaan MADANI terus berusaha meringankan beban ditanggung golongan sasar dengan menyalurkan pelbagai bantuan sewajarnya kepada mereka.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Selasa memaklumkan, hampir 130,000 pesawah di Semenanjung Malaysia bakal menerima bantuan tunai berjumlah RM210 per hektar per musim.

“KPKM mengambil langkah menambah baik kadar sedia ada bagi insentif pembajakan iaitu daripada RM100 per hektar per musim kepada RM160 per hektar per musim.

“KPKM juga turut memperkenalkan insentif baru iaitu insentif penuaian pada kadar RM50 per hektar per musim,” kata kementerian itu dalam kenyataan.

Melalui kenyataan sama KPKM turut memaklumkan kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan perkara itu pada 27 Mei lalu.

Pada masa yang sama, subsidi dan insentif sedia ada kepada golongan nelayan dan pesawah akan terus dikekalkan.

Bagi nelayan, Kerajaan akan terus memberikan subsidi diesel pada harga RM1.65 seliter kepada kategori pemilik vesel perikanan Zon A, B dan C tertakluk kepada kuota yang ditetapkan.

BACA LAGI: Belanjawan 2024 bukti Kerajaan Perpaduan dengar keluhan pesawah

Manakala bagi pesawah, Kerajaan telah menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per tan metrik kepada RM500 per tan metrik pada tahun 2023.

Selain daripada bantuan tunai turut disalurkan kepada pengusaha sektor pertanian melalui pemberian fleet card diesel bersubsidi kepada kenderaan pengangkutan yang layak di bawah Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) 2.0.

Related Articles

Back to top button