Semasa

KPDN siasat pihak ancaman naik harga perkhidmatan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal menyiasat pihak industri yang mengumumkan kenaikan harga perkhidmatan mereka susulan penyasaran subsidi diesel.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya memandang serius kenyataan-kenyataan pihak tersebut yang tular di media sosial sehingga menggusarkan masyarakat.

“KPDN akan mengeluarkan notis kepada pihak-pihak terbabit di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011 untuk memastikan tidak berlaku pelarasan harga

“Ia bagi meneliti alasan untuk mereka menaikkan harga perkhidmatan termasuk kemungkinan mereka mendapatkan sumber diesel bersubsidi secara tidak sah sebelum ini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter bermula semalam (10 Jun) iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.

Langkah penyasaran semula subsidi diesel dilaksana bagi menangani isu ketirisan subsidi rakyat yang berlaku sekian lama apabila pendekatan subsidi pukal selain memastikan subsidi tersebut hanya dinikmati mereka yang layak.

BACA LAGI: Subsidi Diesel: simpan resit jika belum terima ‘fleet card’ – KPDN

Susulan penyasaran tersebut, kerajaan menyalurkan bantuan bulanan RM200 setiap bulan bagi individu layak.

Manakala bagi Petani, penternak dan pengusaha akuakultur bantuan tunai subsidi diesel disalurkan bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.

Manakala 33 jenis pengangkutan awam dan barangan pula terus menikmati subsidi melalui kaedah ‘Fleet Card’ di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Related Articles

Back to top button