PLUS aktifkan laluan Smart Lane di 18 lokasi sempena Aidiladha
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bakal mengaktifkan laluan Smart Lane di 18 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya sempena sambutan Aidiladha, bermula esok hingga 18 Jun ini.
PLUS dalam satu kenyataan hari ini berkata, langkah itu bagi melancarkan pergerakan trafik di lokasi kritikal susulan jangkaan peningkatan jumlah kenderaan yang bakal menggunakan lebuh raya itu.
Ketika Smart Lane diaktifkan, lorong kecemasan sedia ada dibuka untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong di laluan kritikal lebuh raya.
“Orang ramai boleh mengenal pasti laluan Smart Lane melalui pemasangan lampu hijau dan papan tanda pemberitahuan di lokasi tertentu.
“Smart Lane boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang ketika tempoh pengaktifan.
“Ia membolehkan pengguna memasuki lorong kecemasan buat sementara waktu sebelum diarah kembali ke laluan utama lebuh raya bagi meneruskan perjalanan.
“Bagaimanapun, pengguna dilarang memandu di lorong kecemasan lokasi lain yang tidak mempunyai pengaktifan laluan Smart Lane,” kata kenyataan tersebut.
Menurut PLUS, laluan Smart Lane bakal diaktifkan dilokasi seperti tersenarai dibawah.
18 lokasi pengaktifan Smart Lane:
- Sungai Petani (Selatan) – Hentian Sebelah Tikam Batu, KM108.0 – KM112.0 (Arah Selatan)
- Bukit. Tambun (Utara) – Plaza Tol Juru, KM150.4 – KM146.4 (Arah Utara)
- Bandar Cassia – Hentian Sebelah Sungai Bakap, KM155.5 – KM157.2 (Arah Selatan)
- Gua Tempurung – Gopeng, KM303.2 – KM297.0 (Arah Utara)
- Slim River – Sungkai, KM367.3 – KM354.0 (Arah Utara)
- Sungkai – Slim River, KM354.0 – KM356.0 (Arah Selatan)
- R&R Rawang – Sungai Buaya, KM439.5 – KM435.5 (Arah Utara)
- Hentian Sebelah Rawang – Persimpangan Rawang, KM437.1 – KM443.3 (Arah Selatan)
- Nilai – R&R Seremban, KM280.0 – KM276.0 (Arah Selatan)
- Putra Mahkota – Southville, KM289.4 – KM292.6 (Arah Utara)
- Restoran Jejantas USJ – Seafield (Lebuhraya ELITE), KM8.1 – KM6.1 (Arah Utara)
- Bandar Saujana Putra – Putra Heights (Lebuhraya ELITE), KM16.2 – KM13.2 (Arah Utara)
- Port Dickson – Seremban, KM260.0 – KM263.1 (Arah Utara)
- Ayer Keroh – Hentian Sebelah Kampung Bemban KM194.5 – KM184.0 (Arah Selatan)
- Kulai – Senai, KM27.0 – KM19.0 (Arah Selatan)
- Senai – Kulai, KM19.0 – KM27.0 (Arah Utara)
- Desa Palma – Pasir Gudang, KM4.5 – KM1.9 (Arah Selatan)
- Pandan – Kempas, KM0.4 – KM6.0 (Arah Utara)
BACA LAGI: Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada Isnin, 17 Jun
Sementara itu menurut PLUS, sepanjang tempoh 12 Jun jingga 19 Jun ini, tiada penutupan lorong untuk kerja penyelenggaraan akan dilaksana bagi mengelak gangguan pergerakan trafik.
Namun, pengecualian diberi bagi kerja kecemasan, pengalihan kemalangan dan pembaikan kritikal.