Semasa

Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKSD) bakal ditambahbaik – Menteri KPDN

Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti semua asas permohonan dan rayuan berkaitan penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, permohonan dan rayuan itu diangkat segera untuk pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel.

“Jawatankuasa ini dianggotai oleh KPDN, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Jawatankuasa Rayuan akan mengemukakan syor bagi semua rayuan berkenaan untuk pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Armizan, antara syor yang dikemukakan adalah untuk mempertimbangkan beberapa tambahan jenis kenderaan pengangkutan barangan dalam senarai layak menikmati subsidi diesel di bawah SKDS.

Selain itu, kuota asas sedia ada di bawah SKDS 1.0 akan ditingkatkan bagi jenis kenderaan pengangkutan awam seperti bas sekolah dan bas ekspres.

Terdahulu media melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui mesyuarat kabinet yang diadakan semalam meminta supaya segala pelaksanaan program subsidi bersasar kepada kumpulan tertentu berjalan lancar.

Iaa termasuk menyegerakan kelulusan permohonan fleet card bagi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) membabitkan 33 kategori pengangkutan awam darat dan kenderaan pengangkutan barangan.

BACA LAGI: Muhyiddin digesa henti sikap hipokrit dalam isu subsidi

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan subsidi bersasar bagi diesel sebagai langkah pembaharuan utama di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI.

Berikutan itu, harga diesel di stesen minyak di Semenanjung diapungkan dan mengikut harga pasaran pada masa ini adalah RM3.35 seliter, dengan harga baharu pasaran diumumkan setiap minggu mengikut mekanisme sedia ada.

Related Articles

Back to top button