Semasa

PM Anwar sumbang RM50,00 untuk pembangunan Madrasah Asyraful Madaris

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan RM50,000 bagi pembangunan Pusat Tahfiz Madrasah Asyraful Madaris di Beserah, Pahang

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi ketika mengunjungi pusat tahfiz yang menempatkan 120 pelajar itu pada Khamis.

“Semoga sumbangan ini dapat memberikan lebih keselesaan kepada anak-anak untuk menuntut ilmu, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook pada Jumaat.

Sebagai rekod, Anwar yang juga Menteri Kewangan amat menitikberat usaha membangun syiar Islam di Malaysia.

BACA LAGI: Kefahaman ilmu jadi asas tegak syiar Islam – PM Anwar

Pada pembentangan Belanjawan 2024 beliau mengumumkan peruntukkan RM1.9 bilion bagi tujuan itu yang meningkat sebanyak RM400 juta, berbanding RM1.5 bilion pada Belanjawan 2023.

Selain itu, beliau juga sering menganjurkan majlis-majlis Ilmu di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana Putrajaya.

Related Articles

Back to top button