Semasa

Tiada gerakan beri kewarganegaraan secara ‘borong’, Menteri KDN bidas pihak cuba bawa naratif jahat

Menteri dalam Negeri membidas kenyataan yang cuba membawa naratif seolah-olah gerakan memberi kewarganegaraan secara ‘borong’ susulan program penerangan dianjurkan beberapa wakil rakyat.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dakwaan itu merupakan tindakan tidak bertanggungjawab.

Tegasnya, sebagai wakil rakyat yang menerima pelbagai aduan, permohonan berkaitan kewarganegaraan antara salah satunya yang sering disuarakan.

“Proses permohonan sehingga mendapatkan warganegara itu, berkaitan Seksyen 14 15 16 19, semua perkara dalam Perlembagaai Persekutuan tak ramai petugas pusat khidmat atau wakil rakyat sendiri mempunyai kefahaman betul.

”Jadi bagaimana? Kadang kita selesaikan secara piecemeal (sedikit demi sedikit). Ada aduan, kita (wakil rakyat) buat surat recommendation (cadangan), hubungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk panjangkan permohonan.

“Ada juga di kalangan wakil rakyat yang terima permohonan banyak, mereka ambil inisiatif terangkan tatacara. Jadi itu tugas wakil rakyat.

“Jangan di ‘cloud’ kan seolah-olah bahawa ini gerakan tersusun untuk beri kewarganegaraan secara borong. Pemberian itu pula dikatakan kepada (orang) Cina,” tegasnya.

Saifuddin ditemui pemberita dalam satu acara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur pada Jumaat.

BACA LAGI: Siasat hantaran media sosial Pas Pusat fitnah 54,000 warga China diberi kerakyatan

Beliau sementara itu menegaskan, turut menerima permohonan kerakyatan daripada wakil rakyat Kelantan yang mewakili kawasan ramai didiami masyarakat keturunan Siam.

Di kawasan itu, katanya, banyak berlaku isu seperti perkahwinan atau anak yang bermasalah.

Semua itu, tegas Saifuddin wajar diteliti dengan “kaca mata yang jernih” iaitu seseorang wakil rakyat cuba membantu penduduk yang diwakilinya mendapat kerakyatan secara sah.

Related Articles

Back to top button