Semasa

Kenyataan PAS bukti mereka faham matlamat penyasaran subsidi – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada PAS yang mengalu-alukan matlamat baik yang digariskan kerajaan berhubung langkah penyasaran subsidi diesel.

Dalam ucapan di Majlis Peluncuran Pelan Induk KIGIP di Dewan Dato’ Zainal Abidin, di Bagan Serai pada Sabtu, Anwar kenyataan dikeluarkan PAS baru-baru ini memberi gambaran mereka memahami maksud baik disebalik langkah dilaksana kerajaan.

Beliau turut mendedahkan, semua perdana menteri yang mendahului beliau bersetuju bahawa penyasaran subsidi sebagai langkah menyelamatkan ekonomi negara, namun mereka tiada tekad politik untuk melaksanakannya.

“Saya (rasa) aneh kalau digunakan (isu subsidi) sebagai isu politik kerana semua parti politik setuju, dan saya ucap terima kasih kerana Setiausaha Agung PAS (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) sudah keluarkan kenyataan yang maknanya dia faham.

“Kerana dia pun pernah umumkan di Parlimen cadangan kerajaan pada ketika itu untuk naikkan harga diesel, tetapi kita dalam kerajaan madani ini naikkan tapi tidak membabitkan rakyat,” katanya.

BACA LAGI: Subsidi diesel: Muhyiddin digesa henti sikap hipokrit

Sementara itu Anwar berkata, pentadbirannya sedar polemik yang tercetus susulan dari penyasaraan subsidi bahan bakar terbabit hingga kalangan rakyat menuduh kerajaan sebagai zalim.

Bagaimanapun rakyat sewajarnya perlu memahami bahawa tidak semua penarikan sesuatu subsidi akan mengakibatkan kenaikan harga dengan memberikan contoh harga ayam segar yang ketika ini lebih murah berbanding tahun 2021 iaitu selepas pengapungan harga ayam dilaksanakan.

Related Articles

Back to top button