Pilihanraya

PRK Sungai Bakap: KDN jamin keselamatan sepanjang tempoh kempen

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan aspek keselamatan sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ditemui pemberita selepas menghadiri satu program di Sungai Bakap pada Ahad berkata, seramai 600 anggota polis akan ditugaskan sepanjang tempoh kempen sekaligus memastikan keselamatan semua pihak.

Justeru pengundi Sungai Bakap jelasnya tidak perlu bimbang dan takut untuk menunaikan kewajipan mereka sebagai pengundi.

“Pada masa sama, kita juga akan menasihati semua pihak terlibat supaya mematuhi undang undang dalam negara kita supaya perjalanan semasa kempen itu tidak berlaku perkara-perkara yang dianggap mencetuskan ketidaktenteraman awam,” kata beliau.

Saifuddin sementara itu memberitahu, beliau telah diberi taklimat oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad dan pasukannya mengenai aspek keselamatan yang merangkumi tiga fasa dari sekarang hingga hari pengundian pada 6 Julai nanti.

BACA LAGI: Bekas Pengarah IAB calon wakili Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 22 Jun dan 2 Julai ini.

Related Articles

Back to top button