Semasa

PM Anwar sumbang 35 ekor lembu korban kepada 11 wilayah Felda

Bersempena sambutan Aidiladha, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda bagi menjalankan ibadah korban.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata program korban merupakan satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.

“Setiap wilayah berkenaan memperoleh kira-kira tiga ekor lembu bagi pelaksanaan program korban di seluruh negara melibatkan semua komuniti Felda dan masyarakat setempat.

“Kita dapat lihat kemeriahan program korban hari ini bersama pihak masjid, kepimpinan kampung dan peneroka … nampak suasana muhibah itu berlaku dalam program ini,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Korban Felda MADANI di Felda Tun Ghafar Hutan Percha di Alor Gajah pada Isnin.

Turut hadir adalah Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Kawal Selia Felda Jabatan Perdana Menteri Datuk Azlan Johar dan Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Datuk Mohd Banuri Aris.

BACA LAGI: Selangor sumbang 700 ekor lembu, 1,000 kambing

Sementara itu tambahnya, Perdana Menteri berharap golongan peneroka dapat mengambil ibrah daripada ibadah haji untuk melakukan perubahan dalam hidup.

Ia sekali gus menjayakan program korban dengan semangat gotong-royong, kerjasama, menyemarakkan rasa hormat-menghormati antara kepimpinan di peringkat akar umbi agar mendapat nikmat daripada program ibadah korban itu.

Related Articles

Back to top button