Global

China puji pendirian PM Anwar dalam hubungan kedua negara

China memuji Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendiriannya terutama dalam isu membabitkan hubungan kedua-dua negara.

Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian dipetik laporan media berkata, pihaknya berharap terus bekerjasama untuk memantapkan hubungan persahabatan tradisional dan meningkatkan kolaborasi dalam pelbagai bidang, demi memperdalam pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia.

Harapan itu dinyatakan Lin Jian susulan kenyataan Anwar dalam satu temu bual baru-baru ini yang menyatakan kewajaran untuk Malaysia mengukuhkan hubungan dengan China kerana China sanggup menerima dan mendengar cadangan dan kebimbangan dari Malaysia.

BACA LAGI: Hubungan diplomatik Malaysia-China untuk kemakmuran rakyat, seluruh rantau – PM Anwar

Terdahulu Lian Jian dalam satu sidang media menegaskan China dan Malaysia sebagai negara jiran yang mempunyai talian persahabatan tradisional.

“Tak kira bagaimana situasi antarabangsa berubah, China dan Malaysia tetap rakan baik dan sejati yang saling percaya mempercayai dan bekerjasama sejak penjalinan hubungan diplomatik pada lima dekad lalu,” katanya.

Beliau juga mengulangi pendirian China yang teguh menyokong Malaysia dan negara-negara ASEAN untuk mempertahankan solidariti dan kemajuan kendiri serta mengekalkan pemusatan ASEAN dan kerangka serantau yang inklusif.

Related Articles

Back to top button