Teknologi

Dwi rangkaian 5G: kerajaan komited pastikan pelaksanaan

Kerajaan terus komited untuk memastikan dasar model dwi rangkaian 5G (dual network) dapat dilaksanakan, kata Menteri Komunikasi .

Menurut Fahmi Fadzil, syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) yang terlibat dalam pelaksanaan model dwi rangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini.

“Sejurus selepas itu, proses mengenal pasti telco yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua akan bermula.

“Proses ini hanya akan dibuka kepada syarikat-syarikat telco yang telah melengkapkan pegangan ekuiti (SSA) di dalam DNB,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Terdahulu beliau menerima kunjungan hormat Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Jin Zhuanglong hari ini.

Dalam pertemuan lebih 40 minit itu, pelbagai perkara dibincangkan berkait isu telekomunikasi termasuk pelaksanaan rangkaian 5G kedua.

“Pelaksanaan rangkaian 5G kedua bersifat komersial, tetapi kerajaan melalui Kementerian Komunikasi telah memutuskan dasar dwi rangkaian untuk memacu persaingan dan memastikan kemapanan (sustainability) ekosistem telekomunikasi dalam negara kita.

“Selain itu, perbincangan kami turut memberi fokus kepada usaha mengeratkan hubungan antara kedua-dua kementerian,” katanya.

BACA LAGI:Kementerian Komunikasi rancang guna teknologi 5.5G pada SUKMA Sarawak

Pada pertemuan itu kedua-dua pihak turut membincangkan teknologi “direct-to-cell” melibatkan satelit orbit rendah Bumi (LEO).

Teknologi tersebut mampu membantu mengatasicmasalah internet di kawasan terpencil, serta kawasan yang tiada sambungan internet.

Related Articles

Back to top button