Pilihanraya

PRK Sungai Bakap : semua parti dalam kerajaan perlu pastikan kemenangan Dr Joohari Ariffin

Setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan mesti berusaha kuat untuk memastikan Dr Joohari Ariffin yang mewakili kerajaan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap mencapai kemenangan.

Gesaan itu disuarakan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan selepas menghadiri satu program di Kampung Kanchong Rantau di Rembau pada Selasa.

“Kita (Kerajaan Perpaduan) menurunkan calon daripada KEADILAN kerana ia telah dipersetujui secara bersama, maka adalah tugas parti-parti yang bergabung atau yang bersama kerajaan untuk menentukan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan.

“Tidak timbul soal lain atau hendak ke mana (buat pilihan) kerana telah setuju kedudukan calon, jadi, parti dalam kerajaan mesti berusaha dan bekerja kuat untuk mencapai kemenangan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri daripada PAS pada 24 Mei lalu berikutan mengalami keradangan dalam perut.

Sebagai rekod, Dr Joohari Arifin .60. yang dipertaruhkan bagi merampas kembali kerusi itu dari pembangkang merupakan bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara.

Related Articles

Back to top button