Negeri

Kursus asuhan percuma, Yawas tawar geran RM2000

Golongan pengasuh kanak-kanak dari rumah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang dipelawa menyertai Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak.

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) memaklumkan penyertaan kursus asas asuhan kanak-kanak selama dua hari bermula 29 Jun ini terhad kepada 50 pengasuh dan ia akan dilaksana secara percuma.

“Insiatif bawah program Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Impak) Selangor itu turut menawarkan geran bernilai RM2,000 kepada pengasuh terpilih.

“Jika anda pengasuh di rumah, berusia 18 tahun ke atas, pengundi Selangor dan tidak pernah menghadiri kursus pengasuhan mana-mana jabatan sertailah program ini,” katanya menerusi Facebook.

Sebelum ini Pengurus Besar Yawas, Gan Pei Nei menyasarkan 1,000 pengasuh dari rumah disasar menerima latihan di bawah program Impak Selangor yang menumpu kepada ilmu dan kemahiran berkaitan keselamatan, kesihatan dan kebersihan.

Antara modul kursus ditawarkan melalui kursus itu termasuk perundangan, asas perniagaan, pengurusan dan penjagaan bayi serta pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

BACA LAGI: Selangor bakal perluas Maahad Integrasi Tahfiz ke semua daerah

Selain itu turut didedahkan adalah amalam pemakanan sihat dan seimbang, pengurusan keselamatan dan asas pertolongan cemas serta pengurusan krisis dan keselamatan siber.

Justeru bagi mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi borang pendaftaran menerusi pautan https://bit.ly/daftarKIPK.

Related Articles

Back to top button