Semasa

ADUN Neggeri bakal cabar pengumuman Nik Amar di Mahkamah

ADUN Nenggiri Azizi Abu Naim bakal mencabar pengumuman Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah bersabit kekosongan kerusi disandangnya ke Mahkamah

Dipetik laporan Berita Harian, Azizi berkata beliau akan berbincang dengan peguam mengenai proses undang-undang yang boleh diambil berkaitan isu tersebut.

“Saya tidak terkejut kerana saya sudah jangka pengumuman seperti hari ini akan berlaku. Bagaimanapun, saya tidak mahu mengulas lanjut dan akan membawa kes ini ke mahkamah.

“Saya akan mengadakan perbincangan dengan peguam berhubung keputusan yang dibuat oleh Kelantan,” katanya kepada Berita Harian.

Terdahulu, Amar mengumumkan kerusi DUN Nenggiri berlaku kekosongan luar jangka semalam selepas menerima notis memaklumkan beliau hilang keahlian Bersatu dan berlaku kekosongan luar jangka kerusi itu.

Azizi antara enam Ahli Parlimen dan Adun Bersatu yang terlucut keahliannya kerana mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Beliau sebelum ini mendakwa kandungan notis daripada setiausaha agung Bersatu kepada beliau berhubung keahliannya ‘amat kabur’, dan pimpinan parti didakwa ‘tidak adil serta tidak profesional’ dalam interaksi mereka.

Beliau turut menegaskan, notis yang memaklumkan beliau hilang keahlian dalam Bersatu tidak menyentuh soal kedudukan sebagai Ahli Parlimen dan Adun.

BACA LAGI: Penceramah diseru pastikan kandungan dakwah tepat, sahih

Dalam perkembangan berkaitan, sorang seorang pakar perundangan menyifatkan usaha menguji keputusan speaker DUN Kelantan berhubung pengumuman pengosongan kerusi Nenggiri di mahkamah sebagai tindakan wajar.

“Persoalan undang-undang ialah sama ada keputusan speaker muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mahkamah.

“Sama ada mahkamah boleh persoalkan atau tidak perlu bawa ke mahkamah dulu,” kata Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Majlis Profesor Negara, Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood dipetik laporan media.

Related Articles

Back to top button