Pilihanraya

PRK Sungai Bakap: SPRM ingatkan calon, parti tidak langar peraturan pilihan raya

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan pilihan raya bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bilik gerakan berkenaan beroperasi di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang dan di pejabat SPRM Cawangan Seberang Perai.

“Bilik gerakan ini beroperasi 24 jam hingga 6 Julai. Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel kepada [email protected] atau hubungi talian 04-2299262 sambungan 1107,” menurut kenyataan itu.

SPRM turut mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) iaitu bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin dan Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Related Articles

Back to top button