Politik

MIC gerakkan jentera raih undi masyarakat India, menangkan calon PH

Kongres India Malaysia (MIC) mengesahkan parti itu akan turun berkempen memenangkan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, jentera parti akan digerakkan bagi meraih undi masyarakat India di DUN itu yang merangkumi lebih 17 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi.

“Pada PRK ini, walaupun kita tidak membuka bilik gerakan sendiri tetapi kita akan bekerja di bilik gerakan Barisan Nasional,” katanya seperti dilapor Bernama.

PRK Sungai Bakap kali ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PH dan Perikatan Nasional (PN) iaitu Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi, manakala pengundian awal pada 2 Julai.

Related Articles

Back to top button