Sukan

Wan Zarif muncul juara Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23

Selepas tujuh tahun, Wan Zarif Ikram kembali mengukir senyuman buat pasukan negara apabila menuai pingat emas menerusi acara Masters lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23.

Atlet berusia 17 tahun yang membuat penampilan kedua pada kejohanan berkenaan menumpaskan Jovi Ma dari Hong Kong setelah merekodkan keseluruhan 427 jatuhan pin.

Manakala pingat gangsa acara sama dimenangi rakan senegara, Ethan Damien Goh.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia menutup kempen edisi ke-23 dengan tiga emas, dua perak dan tiga gangsa.

Malaysia sebelum ini menuai dua pingat emas menerusi acara All Events wanita.

Related Articles

Back to top button