Semasa

Kerajaan MADANI komited kurangkan kesan alam sekitar demi generasi masa depan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan pentadbirannya komited untuk mengurangkan jejak karbon negara dan menggalakkan amalan mampan.

Menerusi catatan di laman X pada Ahad beliau berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar yang bertujuan mengurangkan pelepasan karbon, menggalakkan kesaksamaan sosial, mewujudkan peluang pertumbuhan baharu dalam ekonomi hijau serta memastikan tadbir urus yang telus.

“Susulan itu, kita telah memperuntukkan dana yang besar kepada tenaga boleh baharu, melabur dalam sumber tenaga bersih dan mampan,” tambahnya.

BACA LAGI: 3 pelan berkaitan alam sekitar dipercepat untuk capai aspirasi sifar bersih 2050

Mengulas mengenai sektor pertanian, kerajaan jelasnya menyokong amalan pertanian mesra alam untuk menjamin alam sekitar yang baik bagi jangka masa panjang.

Malaysia juga sedang membangunkan penyelesaian pengangkutan hijau untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan meningkatkan kesalinghubungan.

“Bersama-sama, kita boleh membina Malaysia yang lebih mampan dan saksama untuk generasi akan datang,” kata beliau.

Related Articles

Back to top button