Semasa

Kerajaan sokong pengembangan Westports Malaysia 2 – Menteri Pengangkutan

Kementerian Pengangkutan menyokong sepenuhnya projek pengembangan Westports Holdings di Pelabuhan Klang yang dikenali sebagai “Westports Malaysia 2”.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pengembangan kapasiti pelabuhan daripada 14 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) kepada 28 juta TEU itu penting dalam usaha mengekalkan daya saing Pelabuhan Klang sebagai hab mega di rantau ini.

“Perjanjian konsesi baharu untuk Westports telah diluluskan oleh Kabinet susulan penilaian Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan perjanjian itu telah disahkan pada akhir tahun lepas.

“Apabila siap, Westports Malaysia 2 akan meningkatkan operasi pelabuhan dengan ketara, menjadikan Pelabuhan Barat (West Port) pelabuhan terbesar negara,” katanya.

Anthony Loke sebelumnya mengadakan sidang media selepas menyempurnakan perasmian perjalanan dan persinggahan sulung kapal kontena, M V MTT Bintangor di West Port, Pelabuhan Klang pada Ahad.

BACA LAGI: Pelabuhan pintar AI bakal dibangunkan di Port Dickson dengan kos RM2 bilion

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Westports Eddie Lee berkata sebagai komitmen syarikat itu, berbilion ringgit akan dilaburkan untuk membina terminal baharu di bawah Westports Malaysia 2.

Jelasnya, projek pengembangan itu dijangka menawarkan sekurang-kurangnya 6,000 pekerjaan baharu dan meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan sekitar, khususnya Pulau Indah dan Klang.

“Ini menunjukkan komitmen Westports untuk menyumbang kepada kepada masyarakat,“ tambahnya.

Related Articles

Back to top button