Semasa

Konsep tanggungjawab bersama urusan penjagaan anak-anak perlu dipraktikkan – Dr Wan Azizah

Penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam sektor awam dan swasta memerlukan perancangan dan pelaksanaan inisiatif yang holistik.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penglibatan wanita dalam menduduki jawatan tinggi sektor awam telah melebihi sasaran 30 peratus, namun usaha itu perlu ditingkatkan.

“Saya ingin menyeru kerajaan menetapkan sasaran baharu untuk memastikan peningkatan berterusan penglibatan wanita dalam membuat keputusan.

“Langkah berkesan perlu diambil bagi meningkatkan penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan di sektor swasta yang belum mencapai 30 peratus lagi,“ katanya.

Dr Wan Azizah sebelumnya menyampaikan ucapan di pada Majlis Karnival Wanita MADANI Peringkat Negeri Sembilan di Seremban pada Ahad.

Acara itu turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan barisan Exco kerajaan negeri.

Sementara itu dalam ucapannya Dr Wan Azizah juga menyeru konsep tanggungjawab bersama (shared responsibility) dengan pasangan dalam urusan penjagaan anak-anak perlu dipraktikkan bagi memastikan wanita boleh bekerja dengan sistem sokongan yang utuh daripada keluarga mereka sendiri.

Dr Wan Azizah berkata sektor penjagaan juga perlu diperluas dan ditingkatkan supaya lebih ramai keluarga mampu mendapatkan perkhidmatan itu.

Pada ucapannya juga Dr Wan Azizah berkata agenda membangun Malaysia MADANI merupakan agenda nasional yang seharusnya didukung oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

BACA LAGI: Dasar Wanita Selangor, Pelan Tindakan 2024-2026 dilancar

“Malaysia MADANI merupakan dasar pentadbiran holistik yang menekankan kepentingan manusiawi. Kita mahukan negara yang lebih seimbang pembangunannya dari sudut fizikal, mental, rohani dan lain-lain dengan mengutamakan kepentingan rakyat.

“Saya yakin wanita mempunyai peranan yang signifikan dalam menjayakan perkara ini. Satu daripada agenda utama dalam Kerangka Ekonomi MADANI ialah sasaran 60 peratus penyertaan tenaga buruh wanita berbanding sekarang. Pada 2023, kita mempunyai 56.3 peratus tenaga buruh wanita,“ katanya.

Related Articles

Back to top button