Umum

Ramlan Harun dilantik sebagai Pengerusi SPR baharu

Datuk Seri Ramlan Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuat kuasa pada Rabu.

Perkara tersebut disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali yang memaklumkan pelantikan tersebut mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Sukacita dimaklumkan bahawa pelantikan tersebut diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Pelantikan ini berkuat kuasa 26 Jun 2024,” katanya dalam kenyataan.

Ramlan, 60, merupakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan mempunyai pengalaman selama 28 tahun dalam perkhidmatan awam.

Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang menjawat jawatan tersebut selama empat tahun bermula Ogos 2020 sebelum bersara wajib pada 8 Mei lalu.

Ramlan juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Tanah daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) serta Diploma Pentadbiran Awam di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Related Articles

Back to top button