Pilihanraya

Kenyataan terkait isu peruntukan PRK berdasarkan keputusan mahkamah – Ahmad Maslan

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh beliau berhubung peruntukan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini adalah berpandukan kepada keputusan mahkamah.

Berikutan itu, beliau berasa hairan mengapa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mempertikaikan kenyataannya itu sedangkan beliau secara jelas memberi kenyataan berdasarkan kepada apa yang telah diputuskan mahkamah.

“Saya cabar Bersih untuk buat kajian tentang keputusan mahkamah itu, bawa kembali (ke mahkamah) atas sebab apa dan cabar, maka (nanti) tidak ada lagilah pengumuman.

“Saya dah lama mengikuti PRK dan saya hadir hampir semua PRK sejak 1990 kecuali satu di Batang Ai, Sarawak… punyalah banyak (kes seperti ini) sejak tahun 1990 dan tentu saya tahu cerita kerana duluan kes ketika zaman Tengku Razaleigh Hamzah berkenaan pengumuman projek jalan semasa PRK.

“…kerana duluan kes ini mahkamah memutuskan kerajaan berhak umum di mana dan pada bila-bila masa pun dan kepada sesiapa pun dan tentang apa pun yang difikirkan sesuai kepada rakyat, tak kira waktu, semasa PRK ataupun tidak PRK,” katanya ketika ditemui selepas program Ceramah Perpaduan di tapak Pasar Malam Sungai Duri di Nibong Tebal pada Rabu.

Terdahulu, Bersih mengecam Ahmad Maslan kerana menganggap tidak salah bagi anggota kabinet menganjurkan program atau mengumumkan peruntukan semasa PRK berlangsung.

Ahmad berkata, isu penganjuran program dan pengumuman peruntukan itu pernah dibawa ke mahkamah sebelum ini, namun keputusan tidak memihak kepada pihak yang mempertikaikannya.

Related Articles

Back to top button