Semasa

Subsidi Diesel: KUSKOP sedia dengar saranan usahawan PMKS

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersedia mendengar keluhan Usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) berhubung pelaksanaan program bantuan subsidi diesel.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, setiap cadangan dan isu dikemuka pemain industri akan dibincangkan dan cuba dilaksanakan sebaik mungkin demi kebaikan semua pihak.

“Kita faham ada masalah dan isu yang mungkin timbul, Kita tidak mahu rasionalisasi subsidi diesel ini menjadi masalah.

“Jadi kalau ada cadangan atau aduan boleh maklumkan kepada Kuskop secara rasmi, perkara ini kita akan bawa ke peringkat jemaah menteri untuk diselesaikan,” katanya pada sidang akhbar.

Beliau sebelumnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Rabu.

BACA LAGI: KUSKOP salur RM85.9 juta bantu koperasi jalankan projek berimpak tinggi

Sementara itu jelasnya, sumbangan sektor PMKS kepada ekonomi Malaysia dijangka akan terus meningkat dengan adanya intervensi dan bantuan berterusan daripada Kerajaan dalam melonjakkan produktiviti dan meluaskan pasaran perniagaan.

“Peranan PMKS dalam ekonomi tidak boleh dipandang remeh terutamanya usahawan-usahawan Bumiputera, di mana golongan ini sentiasa menjadi perhatian Kerajaan dalam merencana inisiatif pembangunan keusahawanan bagi memastikan kestabilan dan pertumbuhan sosioekonomi yang saksama untuk kesejahteraan rakyat,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button