Semasa

PM Anwar mahu syarikat dibawah YPB terjemah visi dan dasar kerajaan

Perdana Menteri mahu pengurusan syarikat-syarikat di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) menterjemah visi dan dasar kerajaan secara menyeluruh didasari dengan mandat yang diberikan sejak penubuhannya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, seperti yang diumumkannya dalam Belanjawan 2024, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) adalah di bawah pemilikan YPB dan merupakan sebahagian daripada strategi pemusatan institusi pelaburan bumiputera melalui YPB.

“Saya tekankan kepentingan pengurusan syarikat-syarikat di bawah YPB agar menterjemah visi dan dasar kerajaan secara menyeluruh.

“Selain pulangan kewangan kepada pelabur, penting bagi diterapkan inisiatif pembangunan masyarakat berkaitan ilmu pengurusan kewangan, keusahawanan dan inovasi,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

BACA LAGI: Tiga agensi bermandat bumiputera diperkasa semula secara berstrategi

Melalui kenyataan sama Anwar mahu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjadi peneraju dalam menyokong usaha kerajaan terkait hala tuju dan isu seperti ekonomi hijau, pemodenan industri pertanian dan gaji yang setimpal.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YPB Bilangan 1 Tahun 2024 dan ia mempunyai peranan penting dalam agenda pembangunan bumiputera melalui kumpulan syarikat di bawah PNB, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

Related Articles

Back to top button