Semasa

Pengasas KEADILAN, Dr Syed Husin Ali meninggal dunia

Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Dr Syed Husin Ali, meninggal dunia pada usia 87 tahun awal pagi tadi.

Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil memuat naik khabar duka berkenaan di akaun media sosialnya dan berkata, beliau telah menziarah Allahyarham di Hospital Selayang pada Khamis lalu.

Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada Hari Raya Haji kedua lalu.

Syed Husin pernah berkhidmat sebagai Senator Dewan Negara, Timbalan Presiden KEADILAN, Presiden Parti Rakyat Malaysia, dan Profesor di Universiti Malaya.

“Allahyarham banyak berjasa kepada parti dan rakyat, telah menerbitkan banyak buku termasuk “Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara” yang mengisahkan pengalaman beliau ditahan di bawah ISA serta “Sejarah dan Dasar Perjuangan KEADILAN”, dan banyak terlibat dalam pelbagai pilihan raya selain lama berjuang dalam politik tanah air.

“Saya sendiri pernah membantu kempen Allahyarham pada PRU 2004 waktu beliau bertanding di PJ Selatan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tambah Fahmi, Dr Syed seorang yang pandangannya cukup dihormati dalam parti dan sering menjadi rujukan para pimpinan. Beliau seorang penyabar, lemah lembut, tegas dalam bab disiplin, dan banyak menyampaikan nasihat termasuk kepada diri saya sendiri.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham dan menempatkan rohnya di kalangan orang-orang beriman,” ucapnya.

Related Articles

Back to top button