Pilihanraya

PRK Sungai Bakap: kempen secara sihat, henti perbuatan khianat! – Pengarah Pilihan Raya PH

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid menyeru agar semua pihak berkempen secara sihat pada Pilihan Raya Kecik (PRK) DUN Sungai Bakap.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) bagi PRK itu menggesa sebarang perbuatan khianat dan provokasi termasuk perbuatan merosakkan bahan kempen yang telah dipasang dihentikan.

“Kita tidak tuduh sesiapa tetapi tidaklah (ia datang) daripada pihak kita. Jadi kita minta hentikanlah (perbuatan itu) dan bertanding, berkempenlah secara profesional,” katanya.

Beliau berkata begitu merujuk laporan polis difailkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang yang mendakwa ada pihak cuba mensabotaj kempen jentera Perpaduan pada PRK itu dengan merosakkan gegantung dan bendera PH.

Ketuanya Muhammad Fadzli Roslan mendakwa sebanyak 38 gegantung dan 53 bendera yang dipasang di sekitar kawasan Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, di sini telah diturunkan pihak tidak bertanggungjawab malah ada di antaranya yang dibuang di dalam longkang.

BACA LAGI: PM Anwar titip pesan kepada pengundi agar menangkan Dr Joohari

PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff akibat keradangan dalam perut pada 24 Mei lalu,

PH mempertaruhkan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin sebagai calon mereka, manakala Perikatan Nasional (PN) menamakan bekas eksekutif logistik Abidin Ismail sebagai calon mereka.

Related Articles

Back to top button