Semasa

Kerajaan komited selesai masalah air termasuk di negeri pembangkang – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pentadbirannya akan terus berusaha untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri-negeri terutama yang berdepan masalah.

Pada ucapan perasmian Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) MADANI Pulau Pinang di Dewan Seberang Perai (SP) Arena di Seberang Jaya pada Sabtu beliau berkata, usaha itu termasuk di negeri dipimpin pembangkang, dalam membantu rakyat tanpa mengira soal parti politik.

“Di Nibong Tebal ada masalah air, di Kedah ada masalah air, di Kelantan lagi masalah air dan di Sabah pun masalah air. Kita cuba selesaikan.

“Dalam pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan (Datuk Nassuruddin Daud ) beliau maklumkan pam (sekarang) tidak cukup tinggi (untuk sedut air) maka saya arahkan beli segera pam (baharu)…Ini bukan soal politik tetapi ini soal rakyat.

“Mat Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu) juga ambil keputusan (laksanakan) operasi pembenihan awan di Kelantan, supaya hujan di sana dan kita ikhtiarnya dengan baik supaya dapat selesaikan masalah air

“Yang ini (tolong rakyat) kita buat. Saya boleh tanya yang dulu (pemerintahan terdahulu ada buat ke tak) tapi saya tak buat (begitu) walaupun saya boleh tanya..Tapi tak apa masa kita, kita buat,” katanya dalam ucapan.

BACA LAGI: Kerajaan jamin bantu atasi isu air Sungai Bakap – Akmal Nasir

Turut hadir Menteri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, Timbalan Menterinya Datuk R.Ramanan dan Pengerusi Tekun Nasional Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.

Related Articles

Back to top button