Anwar

PM Anwar ucap tahniah sempena ulang tahun keputeraan Sultan Sallehuddin, dahului senarai penerima pingat

Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-82 pada Ahad.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri mendoakan Sultan Sallehuddin dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat Kedah Darul Aman dengan adil dan saksama,” katanya.

Terdahulu, Anwar mendahului senarai 238 penerima Penganugerahan Darjah-Darjah, Bintang-Bintang Serta Pingat-Pingat Kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-82, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Dalam istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit, Ahli Parlimen Tambun itu dikurniakan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.S.K.) yang membawa gelaran Dato’ Seri Diraja.

Related Articles

Back to top button