Pilihanraya

PRK Sungai Bakap: Dr Joohari lancar iltizam PADU untuk penduduk

Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin menggariskan empat teras utama dalam iltizamnya (manifesto) iaitu PADU kepada penduduk, pada Sabtu.

PADU merangkumi P sebagai Pasarana dan Progresif, A pula adalah Akhlak, Akademik dan Anak Muda manakala D ialah Damai dan U membawa makna Untuk Semua.

Selain itu, beliau turut memastikan projek-projek infrastruktur air dan lalu lintas seperti projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Kerian, dan Projek Air Perak-Pulau Pinang antara yang terkandung dalam teras berkenaan.

Dr Joohari atau lebih mesra disapa Cikgu Joohari akan memanfaatkan baki kempen untuk menjelaskan iltizam PADU berkenaan.

“Kepada semua masyarakat saya nak yakinkan bahawa perkara tersebut bukan sesuatu yang mustahil kalau dilantik sebagi wakil rakyat yang sealiran yang sama dengan peringkat negeri dan persekutuan.

“Saya nak menyatakan komitmen bahawa akan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan perkara tersebut… bila dirancang kita akan pastikan ia dapat dilaksanakan itu iltizam saya.

“Kita bukan nak selesaikan dalam masa seminggu dua tapi yakin, InsyaAllah saya dpt laksanakan dalam tempoh satu penggal…berilah masa sebab projek besar mcm ini melibatkan banyak peringkat,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, pendidikan percuma seperti tuisyen rakyat dan menaik taraf fasiliti sukan antara yang menjadi keutamaan.

Pelancaran itu seiring visi Sungai Bakap Maju, Inklusif dan Harmoni, berserta misi memperkukuh perpaduan rakyat sebagai rakan kongsi pembangunan melalui pelbagai sektor, beliau yakin bahawa kesemua iltizam itu mampu dilaksanakan sekiranya diberi peluang.

“Saya akan cuba menjelaskan kepada masyarakat bermula dengan PADU itu. Saya nak yakinkan bahawa perkara tersebut bukan satu perkara yang mustahil kalau saya dilantik di peringkat DUN ini yang mana kita adalah sealiran dengan Persekutuan.”

“Saya menyatakan komitmen saya bahawa saya akan berusaha bersungguh-sungguh, kita akan pastikan ia dapat dilaksanakan dalam penggal saya bertugas, jika dipilih,” katanya.

Hadir sama, Menteri Ekonomi merangkap Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Timbalan Ketua Menteri 1, yang juga Pengarah Pilihan Raya PH bagi PRK Sungai Bakap, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Related Articles

Back to top button