Sukan

Skuad Jerman mara ke suku akhir Euro 2024

Dua jaringan masing-masing oleh Kai Havertz dan Jamal Musiala berjaya membawa Jerman ke suku akhir Euro 2024 sekali gus menewaskan Denmark pada perlawanan yang penuh dramatik selepas terpaksa ditangguhkan selama 20 minit pada babak pertama ekoran ribut.

Pada perlawanan berkenaan, pasukan Jerman berjaya mendapatkan gol pertama pada babak kedua permainan hasil sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Denmark, Joachim Andersen.

Sepakan penalti tersebut berjaya disudahkan oleh Kai Havertz bagi mejadikan kedudukan 1-0 pada minit ke-53.

Pasukan tuan rumah terus menambah jaringan pada minit ke-68 menerusi jaringan menarik yang dilakukan oleh Jamal Musiala yang berjaya melarikan bola sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Denmark.

Gol tersebut merupakan gol ketiga Musiala pada kejohanan berkenaan sekali gus berjaya menempatkan Jerman pada lapan pasukan terbaik dan bakal bertemu pemanang di antara Georgia dan Sepanyol. – AFP

Related Articles

Back to top button